Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K)

3K: Kesedaran Diri - Kerja Berpasukan - Kepimpinan

Saturday, January 23, 2010

Situasi Masakini

Kedengaran di sana sini, banyak rungutan pengurusan mengenai ketidakupayaan sesuatu organisasi itu untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan apatah lagi untuk mencapai matlamat secara berterusan. Ini merupakan isu produktiviti. Bilamana diadakan perbincangan, isu ini selalu sahaja dibincangkan namun tiada sebarang kata putus tentang apakah tindakan
yang wajar perlu diambil.


Cadangan


Bertolak dari senario di atas, saya menyakini, ketidakupayaan ini tidak berupaya ditangani kerana kerana anggota kerja sesuatu organisasi itu tidak suka dengan kerja mereka. Bila anggota kerja suka dengan kerja mereka, maka mereka mulai seronok dengan kerja masing-masing. Seronok dengan kerja mereka ini akan membuat mereka mula mahu melibatkan diri (engage) dengan kerja-kerja mereka. Ini secara langsung akan mengakibatkan produktiviti mereka meningkat. Bila produktiviti meningkat maka matlamat organisasi mudah dicapai. (Sila rujuk persamaan dibawah)



Bagaimana mahu seronok (fun) bekerja?

Bila bercakap mengenai bagaimana mahu membawa anggota kerja suka dengan kerja mereka, ianya merupakan satu topik yang cukup luas. Namun pendekatan bagaimana mahu menjadikan anggota kerja suka dengan kerja mereka boleh dilihat dari dua pendekatan seperti mana yang diutarakan oleh Herzberg melalui '2 factor theory' beliau. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah;

1) Pendekatan ‘Hygiene’ – Pendekatan ini ialah menyediakan kemudahan suasana kerja yang kondusif agar mempengaruhi anggota kerja memberi khidmat terbaik. Contoh-contoh pendekatan ini ialah seperti memberi bonus, menyediakan ruang kerja yang selesa, memberi kemudahan rawatan perubatan, menyediakan prasana riadah dan sebagainya.

2) dekatan ‘Motivators’ Pendekatan ini ialah dengan membekalkan program-program atau inisiatif-inisiaitif bina diri yang bertujuan untuk memperkasakan diri anggota kerja tersebut agar teguh menangani sebarang cabaran.

Kedua-dua pendekatan ini perlu dititik beratkan secara seimbang. Namun kelihatan masakini banyak organisasi memberi lebih keutamaan kepada pendekatan ‘Hygiene’ kerana ianya senang dilaksanakan dan nyata. Manakala pendekatan ‘Motivators’ banyak dilaksanakan secara tidak sistematik dan tidak berterusan.

Menyedari keperluan yang wujud dalam pendekatan secara ’Motivators’ ini, saya telah mewujudkan konsep PPB3K bagi menangani keperluan ini secara sistematik dan berterusan.

Konsep PPB3K ini bermula dengan kenyataan bahawa jika mahu seronok bekerja, anggota kerja mesti;


Tahu apa yang beliau mahu capai di tempat kerja.
(Soal Kesedaran Diri)

Tahu bagaimana bekerja dalam satu pasukan.
(Soal Kerja Berpasukan)

Tahu bagaimana mempengaruhi satu pasukan.
(Soal Kepimpinan)


Beliau bukan saja akan mula suka dengan kerja beliau malah perasaan ’self belonging’ terhadap organisasi beliau akan mula terbina dan seterusnya beliau dalam landasan betul untuk mencipta kejayaan. Bila setiap anggota kerja di dalam satu organisasi itu suka dengan kerja masing-masing, organisasi tersebut dalam landasan betul untuk mencipta kejayaan.


Apakah takrif kejayaan bagi satu organisasi?
.


Isu Penglibatan boleh diperbaiki jika anggota kerja suka dengan kerja masing-masing. Bagi membantu anggota kerja agar suka dengan kerja mereka, perkara asas yang perlu diambil tindakan ialah mereka perlu didedahkan kepada satu siri latihan yang bersepadu, bersistematik dan berterusan. Untuk tujuan itu, PPB3K telah disediakan bagi menangani keperluan ini.




Bertolak dari senario di atas, saya menyakini, kita perlu pada PPB3K. PPB3K adalah cantuman tiga inisiatif utama iaitu Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Banyak organisasi sekarang telah melaksanakan tiga inisiatif ini. Namun tiga inisiatif ini selalunya dilaksanakan secara berasingan.

Namun untuk benar-benar menerima kesan daripada inisiatif-inisiatif ini, saya menyakini inisiaitif-inisiatif ini perlu dilaksanakan secara bersepadu, bersistematik dan berterusan untuk semua anggota kerja tidak kira dimana kedudukannya di dalam organisasi.

Disamping itu, kesemua modul dalam program PPB3K ini telah disusun sedemikian rupa agar ianya saling berkait, relevan, unik, kreatif tapi mudah untuk diamalkan di dalam suasana negara kita. Saya menyakini inilah suntikan yang diperlukan oleh organisasi.

Saya bercakap bukan berdasar teori semata-mata tetapi sebagai seorang yang telah lama terlibat secara langsung dalam usaha menangani permasalahan ini.

Atas kenyataan ini, saya ingin menawarkan khidmat saya untuk bantu anggota kerja organisasi tuan puan agar suka dengan kerja mereka berdasarkan kepada konsep PPB3K ini. Bila suka dengan kerja, pasti matlamat organisasi mudah tercapai!


Berikut ialah kandungan setiap modul dalam program PPB3K.


Modul 1: Anda Dilahirkan Berjaya (ADB)


(Sila Klik Gambar di atas untuk Keterangan Lanjut)


Modul 2: My Heart (MH)


(Sila Klik Gambar di atas untuk Keterangan Lanjut)





Modul 3: Kreativiti Untuk Berjaya (KUB)


(Sila Klik Gambar di atas untuk Keterangan Lanjut)



Modul 4: Kami Berjaya Part 1 (KB1)


(Sila Klik Gambar di atas untuk Keterangan Lanjut)



Modul 5: Kami Berjaya Part 2 (KB2)


(Sila Klik Gambar di atas untuk Keterangan Lanjut)



Modul 6: Pimpinan Berjaya Part 1 (PB1)

(Sila Klik Gambar di atas untuk Keterangan Lanjut)



Modul 7: Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2)


(Sila Klik Gambar di atas untuk Keterangan Lanjut)



PPB3K sebagai Pelan Transformasi Organisasi




PPB3K amat sesuai untuk dijadikan sebagai satu siri program transformasi untuk sesuatu organisasi. Namun, agar ianya benar-benar berkesan, disyorkan organisasi melaksakanakan perkara berikut;


1) PPB3K mendapat sokongan kuat dari pihak pengurusan tertinggi.


2) Kesemua anggota kerja sesuatu organisasi menghadiri PPB3K tanpa sebarang pengecualian.


3) Organisasi telah sedia mempunyai matlamat. (boleh diukur pencapaiannya) dan setiap anggota kerjanya juga mempunyai matlamat/KPI. (boleh diukur pencapaiannya)


4) Perlaksanaan susulan berdasarkan kepada apa yang diterangkan dalam program PPB3K dilakukan secara sistematik dan berterusan.


5) Semua pihak dalam organisasi perlu faham bahawa PPB3K bukan satu ’quick fix’ tetapi memerlukan satu tempoh masa untuk membuahkan hasil. Jika PPB3K dilaksana dengan sistemetik dan berterusan, diyakini organisasi itu akan dapat menjimatkan banyak masa di masa depan.


Tegasnya, bilamana setiap modul-modul dalam PPB3K ini dilaksanakan secara bersepadu, pemimpin sesuatu organisasi itu akan mampu membawa organisasi mereka kepada satu tahap yang diinginkan. Pada awalnya, mungkin kelihatan untuk melaksanakan PPB3K ini memerlukan masa namun dalam jangkamasa panjang, PPB3K mampu menjimatkan banyak masa.




Jika sesuatu organisasi itu berhasrat melaksanakan hanya satu atau dua modul sahaja dalam PPB3K ini, maka hasil yang akan dicapai akan terhad kepada apa yang dinyatakan bagi modul-modul yang dipilih.



Penerangan Mengenai Manusia Secara Menyeluruh - Konsep 'Stick Person'

Keunikan PPB3K terletak kepada penerangan mengenai konsep-konsep yang ada dalam setiap modul dengan menggunakan satu rajah yang dipanggil 'Stick Person'


Rajah ini menerangkan bagaimana diri kita beroperasi. Buat pertama kali, kita dapat hubungkaitkan bahagian-bahagian diri kita berdasarkan kepada satu rajah. Melalui rajah ini, kita dapat mengupas pengalaman atau masalah kita dengan lebih jelas. Rajah 'Stick Person' ini mudah tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.


Hubungi Saudara Mior Azli Mior Md Isa (019-2245-079 @ sssabasic@yahoo.com) untuk keterangan lanjut.

Ikhlas Dari,

Ikhlas Dari,
www.miorazli.com (Click!)
Terima kasih kerana sudi menziarahi laman ini. Harapnya sudi ziarah laman ini lagi di masa depan.